Rabu, 7 Disember 2016

SEDIH!! Terima Kasih Allah.. Engkau Pinjamkan Dia Untuk Ku Walaupun Seketika... - JOM BACA KISAH SEDIH INI


SEDIH!! Terima Kasih allah.. Engkau Pinjamkan Dia Untuk Ku Walaupun Seketika... |
Sungguh hiba dan sebak rasa hati ini apabila membaca nukilan kisah percintaan pasangan muda ini.
Justeru memang benarlah apa yang sering diperkatakan oleh orang bahawa  ajal maut serta jodoh pertemuan  itu adalah ketentuan Illahi.
Pasangan suami isteri yang bernama Mohd Mokhzani Abdul Rahim, 27 dan Nadhratan Naim Abdul Sani, 20 ini telah pun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri yang sah pada 29 Disember lalu.

Walaubagaimanapun, Allah lebih menyayangi isterinya kerana dia telah dijemput oleh  Illahi dan menghembuskan nafas terakhirnya pada semalam.
Apa yang sangat menyentuh hati ini adalah cerita pasangan jarak jauh ini yang hanya dberi kesempatan untuk hidup bersama cuma untuk 10 hari sahaja.
Menurut cerita dari Mokhzani, mereka telah dijodohkan atas pilihan keluarga masing-masing dan mereka cuma berkenalan dalam masa empat bulan sahaja sebelum mereka disatukan.
Selepas menjadi suami isteri yang sah, kedua-dua mempelai ini hanya dapat menikmati kemanisan berumahtangga dan berbulan madu hanya untuk 10 hari sahaja kerana Mokhzani terpaksa kembali ke Mesir untuk menamatkan pengajiannya yang cuma tinggal enam bulan sahaja lagi .
Bermula daripada saat, pasangan ini hanya dapat berhubungan melalui media sosial facebook dan aplikasi WhatsApp.
Sedihnya, isterinya yang tercinta Nadhratan telah maut di awal pagi semalam (8.4.2015) akibat kemalangan jalan raya.
Tambah memilukan lagi, seorang sahabat arwah menceritakan saat Nadhratan menghembuskan nafas terakhirnya setelah Mokhzani, suaminya berada dalam talian dan diletakkan di sebelah telinga arwah.
Antara luahan Mukhzani tentang isterinya:
Dia memang isteri yang baik.. cantik orangnya.. merdu suaranya ketika membaca Al-Quran.. sering bangun malam untuk berqiamullail.. sering mengamalkan mathurat..
Selalu memohon kemaafan walaupun tiada kesilapan.. dia isteri yang terbaik, anak yang terbaik, menantu yang terbaik, adik yang terbaik dan aku yakin sahabat yang terbaik.
Sungguh aku sangat merinduimu wahai bidadari syurga.. walaupun hanya sementara dipinjamkan, aku redha dan bersyukur atas semuanya.
Syukran ya Allah pinjamkan dia kepadaku..
Al-Fatihah dan moga damailah dikau di sana bidadariku…

Semoga rohnya ditempatkan di syurga buat hamba Allah ini… kepada Mukhzani, tabahkan hatimu  dan bersabarlah  atas kehilangan isteri tercinta. – MNH
via beritacepatviral.blogspot.com

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : SEDIH!! Terima Kasih Allah.. Engkau Pinjamkan Dia Untuk Ku Walaupun Seketika... - JOM BACA KISAH SEDIH INI