Isnin, 26 Disember 2016

Kulit Wajah Jenis Berminyak? Jangan Lakukan Perkara Ini!


Ramai yang memiliki kulit wajah sebegini. Perlu diketahui kulit berminyak memang cenderung bermasalah terutama jerawat.

Puncanya anda melakukan perkara yang sebenarnya menjadi pantangan bagi yang memiliki kulit berminyak. Di bawah ini adalah perkara yang seharusnya tidak anda lakukan jika tidak mahu kulit wajah anda yang berminyak itu terus bermasalah.


 1. Kerap mencuci muka
Bila kulit rasa melekit anda mencuci muka sampai lebih dua kali sehari. Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan kulit makin berminyak. Walaupun berasa wajah kotor terkena debu, sebaiknya cuci wajah dua kali sehari saja iaitu sebelum keluar rumah dan sebelum tidur malam hari.

2. Guna produk rawat jerawat berlebihan
Wajah berminyak memang mudah ditumbuhi jerawat. Tidak masalah jika anda menggunakan produk mengecutkan jerawat tapi jangan guna berlebihan.  Ini kerana produk perawatan jerawat biasanya mengandungi salicylic acid. Ia berkesan untuk menghilangkan jerawat namun tidak sesuai dengan keadaan kulit berminyak anda. Ia boleh memburukkan lagi keadaan.

3. Tak pakai pelembap
Ramai yang berasa jika pakai pelembap kulit yang berminyak akan nampak lebih berkilat. Lagi pun dengan keadaan kulit berminyak pelembap sudah tidak diperlukan.
Ini salah ya. Kulit anda tetap memerlukan pelembap dengan kandungan yang tepat dan sesuai. Bagi yang memiliki wajah berminyak, gunakanlah pelembap berasaskan kandungan air yang tinggi agar dapat menyeimbangkan kadar minyak berlebihan pada kulit.

4. Abaikan penyegar atau toner
Sama halnya dengan pelembap, kulit anda tetap memerlukan tomer. Ia berfungsi untuk menutup pori-pori kulit yang melebar sekali gus membantu mengurangkan penghasilan minyak pada kulit.

5. Mencuci wajah dengan air panas
Air panas memang akan membuka pori-pori kulit dan mengeluarkan kotoran yang melekat. Namun mencuci wajah berminyak menggunakan air ini akan menyebabkan penghasilan minyak semakin banyak.

Cara yang betul adalah cukup sekadar basahkan tuala dengan air panas dan tekap pada wajah dengan cepat untuk hilangkan kotoran. Kemudian cuci kembali wajah dengan air dingin untuk menutup  pori-pori.

via http://www.vanillakismis.my/

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kulit Wajah Jenis Berminyak? Jangan Lakukan Perkara Ini!